Tersuka Tanpa Sengaja (2015)
Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu identitinya dicurigai.
Namun,ia menarik perhatian Arif untuk meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan dia dilamar atas permintaan ibu Arif. Farhah menolak pada awalnya namun setelah impiannya untuk berkahwin dengan Hakim sepupu yang dicintainya dalam diam musnah,dia menerima lamaran Arif.Kedua-duanya belajar untuk saling menyayangi. Dugaan melanda,apabila Katrina menantu pilihan ayahnya muncul kembali. Cintanya pada Katrina mati setelah Katrina meninggalkannya.Apabila mengetahui kakak tirinya adalah isteri Arif, Katrina cuba memisahkan mereka. Rancangan Katrina berjaya,namun dia tak mampu menewaskan cinta Arif yang mula berputik pada Farhah. Katrina kecewa separuh mati hinggalah dia bertemu dengan Armand kawan Arif